Quantcast
Channel: Story Of My Life
Viewing all 29 articles
Browse latest View live

A First Step.. to beautiful and healthy life!

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya merupakan pengguna tegar Shaklee semenjak Disember 2013.

And now, saya adalah Shaklee Independent Distributor (ID 1076028).

Bagi yang nak sentiasa cantik dan sihat boleh contact saya untuk full consultation. hee. And also i will share my experiences with Shaklee. InsyaAllah.

Shaklee provides you:


  • Set Kecantikan
  • Set Kurus
  • Set Kesuburan 
  • Set Kehamilan 
  • Set Berpantang
and many more to us!

Saya akan share secara berperingkat tentang set-set yang Shaklee sediakan. 



Bagi yang nak tahu pasal Shaklee boleh WhatsApp saya 016-9215926 ( NUR ASMA) atau boleh emelkan nurasma303@gmail.com.

Sekian. Have a nice day. =)



Tips : Nak Dapatkan Kulit Bayi Cantik

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Kita biasa dengar pelbagai petua nak dapatkan kulit bayi cantik, bersih, putih dan gebu gebas kan? Sama lah kita. Saya lah one of them yang sibuk meng'google' petua-petua ni semua. Dengan harapan anak yang keluar nanti comel, putih, gebu gebas semua. hihi. Masa pregnant saya dah risau anak saya nanti ada masalah kulit memandangkan history family saya memang ada masalah kulit kering ni. So, alhamdulillah dengan izin Allah anak saya bebas daripada penyakit kulit ni.

Antara usaha-usaha yang saya buat:


  • Baca Suruh Yusuff 

  • Makan Kurma 
Part ni memang suami ingatkan tiap-tiap hari sebab nak anak cerdik. Tapi seriously kurma memang banyak khasiatnya. Untuk kulit, untuk tambahkan susu badan (akan cerita more detail dalam entry lain), untuk anemia (yang ni pun akan cerita pengalaman jugak), untuk tenaga dan lain-lain lagi. Seriously, makanan sunnah ni memang banyak khasiatnya. Believe it! =)

  • Minum Air Soya
Dan the famous part bila cakap nak kulit baby cantik, orang akan cakap mesti minum air soya banyak-banyak time pregnant. Betol tak? Tapi, soya yang macam mana ye? 

Jiran saya pernah nasihatkan jangan minum soya sebab kulit anak akan jadi sensitif walaupun putih melepak. So, saya google punya google, dapat lah idea untuk try satu minuman soya ni.

so, saya pun start lah order and jadi ahli terus. 

Bila ESP ni dah sampai ke tangan, saya terus cuba. Rasanya memang best sangat, tak rasa sangat soya (saya ni memang tak gemar sangat soya). So, mula-mula saya cuba minum dengan susu. Lepas dah bosan dengan susu, saya buat ice blended. Dah bosan lagi, saya try shake dengan jus. Pelbagai resipi boleh dicuba menggunakan ESP ni ye. So, takdelah bosan sangat kalau nak minum tiap-tiap hari kan?


Okey, itu aje saya punya usaha untuk dapatkan kulit baby yang cantik dan bersih dan putih gebu gebas. hihi. Dan hasilnya saya sangat berpuas hati sebab anak saya takde masalah kepala berkuping dan kulit sensitif walaupun history family memang ada masalah kulit kering sampai kaki bersisik pun ada. Alhamdulillah dengan izin Allah jugak


Sepanjang pregnant memang saya minum ESP untuk tenaga jugak. Memang betul-betul bertenaga lah. Bonusnya, rambut saya dah tak gugur macam sebelum minum ESP.  


Wanna try ESP?
Contact me. =)



Bacaan HB Rendah Semasa Hamil?

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Sesiapa yang pernah mengandung / sedang mengandung mesti dah selalu dengar berkenaan dengan bacaan HB ketika mengandung kan? Mana tak nye setiap kali check up kandungan confirm kena ambik darah untuk check sama ada bacaan HB kita ok ke tak kan? hee. Saya adalah salah seorang manusia yang sangat susah HB nye nak naik. Dah macam - macam cara dibuat tapi tak naik-naik. Setiap dua minggu mesti kena datang check up sebab takut dengan risiko-risiko kalau HB low.


Apa Itu Bacaan HB?

Bacaan hb adalah suatu pengukuran yg diambil melalui sampel darah untuk menentukan paras haemoglobin (hb) di dalam darah seseorang. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan.



Contoh Bacaan HB Normal

Apakah Bacaan HB Normal bagi Orang Dewasa serta Ibu Mengandung?

Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 - 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 - 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).

Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

  • Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
  • Pendarahan
  • Kanser
  • Penyakit buah pinggang/ hati
  • Hypothyroidism
  • Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:

Kesan kepada ibu

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkitKesan kepada bayi dalam kandungan
Kesan kepada Bayi:
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth


Bolehkan Anemia Dikesan Lebih Awal? Apakah Simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:

  • Sentiasa letih
  • Pening kepala atau pitam
  • Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  • Warna kulit bertukar menjadi pucat
  • Penurunan berat badan
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Lemah daya ingatan

Apakah Langkah yg Perlu Diambil untuk Mengembalikan Bacaan HB yg Normal?

Bagi ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:

  • kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
  • madu (yg asli)
  • hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
  • kerang
  • sayur bayam
  • ikan bilis
  • daging
Ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah juga AMAT DIGALAKKAN mengambil supplement yg mencukupi terutamanya ASID FOLIK, ZAT BESI (IRON) & MULTIVITAMIN bagi membantu menaikkan bacaan hb anda. Set Kehamilan Shaklee boleh membantu anda!


Hubungi saya untuk konsultasi percuma seumur hidup. InsyaAllah saya akan membantu anda untuk mengatasi masalah HB low semasa mengandung seperti saya dulu! =)



Tips Atasi Penyakit BELL PALSY

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Penyakit Bell Palsy.. Pernah dengar ke tak? UNtuk pengetahuan semua, saya pernah hadapi penyakit ni. Sebelum saya cerita lebih panjang, jom baca dulu info tentang penyakit ni. hehe

Bell’s palsy adalah nama penyakit yang menyerang saraf wajah no 7 (thefacial nerve), sehingga menyebabkan kelumpuhan pada otot wajah di salah satu sisi. Ingat kelumpuhan hanya terjadi di satu wajah yang terkena. Ini yang membedakanya dengan stroke. Ditandai dengan susahnya menggerakkan otot wajah di bagian yang terserang, seperti mata tidak bisa menutup, tidak bisa meniup, dsb. Penyebab kelumpuhan ini masih menjadi perdebatan. Beberapa ahli menyatakan penyebabnya adalah karena terpapar angin dingin di salah satu sisi wajah secara terus menerus, ada juga yang menyatakan hal itu disebabkan oleh virus herpes yang menetap di tubuh dan aktif kembali karena trauma, faktor lingkungan, stres dll. Sebagian penderita bisa sembuh tanpa pengobatan, tapi disarankan untuk menjalani terapi dan pengobatan agar bisa segera sembuh.

Saya menghidapi penyakit ni masa bangun dari tidur (Hari ke-5 berpantang). Saya tak mampu untuk minum (air meleleh keluar semasa minum), tak boleh senyum, tak boleh kelipkan mata, telinga rasa bengang dan berdengung sangat, bila cakap mulut senget dan lain-lain lagi (serupa dengan strok). Masa tu kami satu family dah risau, ingatkan strok. Saya dan husband terus ke hospital. Doktor sahkan saya terkena penyakit ini. Doktor just bekalkan saya ubat steroid untuk kegunaan selama 10 hari dengan tujuan untuk menghilangkan keradangan yang terjadi pada saraf muka kita. Doktor cakap hanya masa yang menentukan bila boleh sembuh. Cara yang ada adalah buat fisioterapi. Setiap minggu saya ulang alik fisioterapi tapi semua tu tak jalan. Berurut pun tak jalan. Saya dah risau sebab tak tahu camne nak masuk mengajar budak-budak kat sekolah. Takde confident semua. Masa memang mental break down. huhu. 

Camne saya hadapi penyakit ni?
  • Berurut
  • Fisioterapi
  • Tengok video Pesakit Bell Palsy di Youtube
  • Private message pesakit Bell Palsy - Sharing pengalaman beliau.
  • Cari supplement yang boleh membantu

Hmmm.. ada ke supplement yang boleh membantu? ADA insyaAllah. hee. Boleh PM saya untuk maklumat lanjut. InsyaAllah saya sedia membantu untuk kembalikan semangat anda dan kembali sihat seperti saya!


Kurang kalsium semasa hamil dan selepas bersalin?

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Saya sekarang ni tengah sakit gigi. Dah jumpa doktor beberapa kali since last month tapi doktor cakap gigi nampak ok. Takde lubang-lubang / rosak. I was like.. errr ok tapi kenapakah gigiku masih lagi sakit? huhu. Berdenyut-denyut pulak tuh. So, I made a conclusion. KURANG KALSIUM!

Teringat masa awal-awal pregnant dulu, saya selalu sangat sakit gigi kalau skip minum susu / pil kalsium! Setiap kali sakit saya baru teringat nak minum susu. Saya ni memang amatlah culas untuk minum susu, pil kalsium yang senang tu pom susah nak ingat untuk telan! huhu

Sepanjang pregnant banyak sangat gigi kena tampal sebab tiba-tiba gigi banyak pecah. Kurang kalsium la tuh maksudnya. Biasa lah time kita pregnant ni kalsium yang kita ada dah kena serap oleh si kecik dalam perut kan. hehe. Jadi, saya dengan tegasnya nak bagitau pengambilan susu / pil kalsium sangat lah penting sepanjang kehamilan untuk mengelakkan gigi kita rongak. hihi

Ni ada sedikit info untuk dikongsikan bersama:

Kesan kekurangan Kalsium

Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini sebenarnya akan menjejaskan tahap kesihatan ibu hamil pada masa hadapan (berisiko osteoporosis).

Keperluan Kalsium Minimum bagi Wanita

Wanita berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin). Wanita berusia 18 tahun ke bawah memerlukan sekurang-kurangnya 1300 mg sehari.
Ramai wanita hamil tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi di sepanjang kehamilan mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari.
Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehinggalah bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehinggalah bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.
Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain.

Pil Kalsium: OSTEMATRIX.

Selain itu, ibu hamil disarankan juga mengambil pil kalsium yang menyediakan 1000mg sumber kalsium yang bersamaan dengan 4 biji setiap hari. Mengapa cukup sekadar 1000 mg sehari? Ini kerana tubuh kita hanya mampu menyerap kira-kira 500 mg kalsium dalam satu-satu masa. Akan tetapi jangan lah berlebihan kerana pengambilan kalsium yang berlebihan akan mengakibatkan masalah sembelit, meningkatkan risiko batu karang dan menghalang keupayaan badan menyerap zink dan zat besi.

Mengapa Ostematrix Shaklee? Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

1. 4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.

2. Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

3. Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.

4. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.


So, kalau sesiapa nak consume pil kalsium shaklee ni boleh la contact saya ye. Boleh la share pengalaman time pregnant kan?





Pengalaman Bersalin Secara Czer

$
0
0
Assalamualaikum semua.


         "Hardest yet most             beautiful experience i ever had"

 Statement kat atas ni betul-betul menggambarkan perasaan yang dirasakan sewaktu melahirkan Akid Sidqii, permata hatiku ini. Ya Allah, rasa bersyukur tak terhingga kerana diberi peluang untuk merasa nikmat mengandung serta bersalin. Yang paling best saya dapat rasa sakit kedua-dua jenis bersalin ni. hehe. Sakit bersalin normal pun saya rasa, sakit bersalin czer pun saya rasa.


Di sini saya nak cerita #throwback waktu bersalin hari tuh. Masih segar dalam ingatan perjalanan untuk melahirkan permata hati tetapi kalau nak ingat balik camne rasa sakit tuh memang tak dapat digambarkan dan tak dapat bayangkan macam mana sakit tu. Hanya orang yang melalui akan tahu rasa sakit bersalin camne. Tapi lepas je bersalin memang takde rasa takut pun untuk mengandung lagi. Alhamdulillah. Syukur sangat.


19 Mei 2014

Hari ni cukup-cukup 40 minggu saya pregnant. Subuh, saya terjaga daripada tidur dan rasa macam ade keluar sesuatu je. So saya check ada macam cecair pekat campur warna coklat yang keluar. Saya google punya google tu adalah mukus vagina. Pagi tu saya ada check up di Klinik Desa. So nurse dah berdebar sebab saya tak bersalin lagi. Plus, dah ada keluar cecair coklat, menambahkan lagi kebimbangan nurse. Nurse mintak saya ke hospital besar untuk jumpa doktor. Saya ikutkan aje sebab risau jugak tak beranak lagi ni. hehe. Sampai hospital, doktor check bukaan. Baru 1 cm. So kena admit ward. Malam tu tidurlah kat hospital.


20 Mei 2014

Keesokkan paginya, sakit contraction still ada tapi ok lagi, tak kuat pun. Dan tanda bersalin lain pun takde lagi. Doktor nak bagi balik tapi sebelum tu doktor nak scan dulu. If ok dapat balik.
Bile scan baru tahu air ketuban betul-betul cket dah! Bacaan air ketuban 4.9 sahaja. Alamak, doktor cakap saya kena induce, paksa bersalin. Saya dah cuak yang amat sebab tahu induce tu sangat menyakitkan. Doktor sempat check bukaan 2cm dan doktor terus induce. Bila dah induce saya start rasa contraction yang sangat menyakitkan. Hanya Allah yang tahu. Suami datang melawat dan teman setiap masa kot. Tu je yang menguatkan saya. Sakit contraction makin lama makin kuat tapi bukaan still 2cm. Tapi tahap sakit makin sakit. So doktor masukkan ubat (induce) lagi sekali sebab saya memang kena bersalin jugak because of air ketuban yang tak cukup! Doktor bagitahu kalau bukaan dah 3 cm saya akan terus masuk labor room (i'm nervous!).

Contraction semakin kuat. Sakitnya Allah yang tahu. Sampai nak solat berdiri tak boleh tahan. Solat duduk je. Tu pun dah rasa tak selesa.


21 Mei 2014

Tepat Jam 4 petang saya dah tak tahan contraction, nurse check bukaan dah 3cm. Saya terus diminta untuk sediakan pakaian baby. Saya ditolak ke labor room. Doktor suruh call husband untuk bagitahu saya dah masuk labor room. Contraction makin kuat.

Sampai labor room salin pakaian dan doktor pecahkan air ketuban saya. Doktor drip ubat induce kat tangan pulak. Sakit makin bertambah. Tak tahu nak gambarkan macam mana. Suami dah masuk masa tu. Saya bagitahu sakit. Bacaan contraction makin bertambah. Nurse urut perut saya. Bila check bukaan masih 3cm walaupun contraction tinggi yang amat. Doktor cakap kebiasaannya anak pertama akan ambil masa 1 jam untuk 1cm. Tapi suami lah yang banyak bagi semangat. Mama saya tunggu kat luar.


22 Mei 2014

Tepat pukul 12.30 a.m bukaan dah 9cm, doktor suruh teran. Saya teran tapi macam tersekat. Banyak kali try tapi tak dapat. Doktor kata takpe kite tunggu fully jalan bukak. Bila contraction datang saya teran lagi tapi tak dapat. Tambahan lagi saya dah takde tenaga. Last sekali saya makan pada pukul 1.30 pm (21 Mei). Makan pun tak kenyang sebab tengah sakit.

Dah setengah jam tapi tak keluar lagi permata hatiku.

Doktor decide untuk vakum. Tapi suami saya bantah sekeras-kerasnya. Kami tahu risiko vakum, so kami memang tak berani untuk terima apa-apa risiko. Suami cakap nak czer je. Kami lebih rela czer than vakum. Doktor macam tak bagi tapi last-last setelah dipujuk, barulah doktor setuju untuk czer.

Masuk dalam OT banyak lah kisahnya.

Lastly, saya terdengarlah tangisan anak saya pada pukul 3a.m. Alhamdulillah. Berat 4.11kg. That's why susah sangat nak keluar. Dan mujur czer sebab kalau vakum jugak tadi, bahu baby akan tersangkut sebab baby besar. So doktor akan patahkan bahu baby untuk keluarkan baby.

Doktor datang jumpa suami saya dan cakap,

"Mujur awak tak bagi saya vakum. Saya pun was-was jugak untuk vakum"

"Kalau doktor vakum tadi, apa yang akan berlaku?"

"Bahu baby mungkin akan tersekat. Kita terpaksa patahkan bahu baby untuk babay keluar"


I was like, NAK MENANGIS sebab baby selamat. huhu. Alhamdulillah.

Oh btw, saya memang scan sehari sebelum, berat baby hanya 3.4 kg. Kuasa Allah mengatasi teknologi. Teknologi tak dapat detect pun baby saya besar even scan di tempat yang berlainan. Setiap tempat dan klinik yang saya scan memang detect berat 3.4kg sahaja.

ALLAHUAKBAR!

Tips Berpantang Selepas Bersalin Czer

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Entry yang lepas saya dah cerita tentang bersalin secara czer. Kalau ingatkan balik macam tak percaya saya dah lalui semua tu. Baby Akid pun dah 4 bulan. Sekejap je masa berlalu. Alhamdulillah Baby Akid sangat mudah untuk dijaga sepanjang masa saya berpantang. Tak banyak ragam. Menangis pun tak cuma merengek-rengek time nak susu dan nak tidur. Sampaikan mama saya cakap anak-anak dia (kami adik beradik la tuh) takde sorang pun yang tak menangis, semua menangis tak tentu pasal. haha. Tapi cucu dia yang sorang ni baik betul, menangis pun tak. hehe. Alhamdulillah sampai umur 4 bulan ni takde la menangis sampai ibunya ni kena bersengkang mata malam-malam. Setakat ni saya memang cukup tidur la. Takde la jadi zombie time pergi kerja. hehe.


Sepanjang berpantang, ramai la yang duk sarankan makan pati ikan haruan untuk cepatkan penyembuhan luka akibat czer tapi suami saya ada tanya pendapat doktor. Doktor cakap tak berapa elok sangat sebab selepas pembedahan urat-urat kita ni jadi lembut dan banyak putus kan, so kalau minum pati haruan (pati means memang kepekatan dia tu sangat tinggi) urat-urat yang terputus tu akan bercantum rapat-rapat. Lebih kurang camtu la explanation dia. Tapi, kalau makan ikan haruan saje takpe sebab ikan haruan yang fresh ni sangat berbeza kadar kepekatannya dengan pati haruan.


So, there you go, my tips sepanjang my confinement:

1. Kering dan Bersih

Pastikan tempat luka tu dikeringkan setiap kali selepas mandi. Saya guna kipas meja. haha. Maklum aje la luka tu betul-betul di bwah pelipat perut kan. Kalau boleh jangan biarkan perut tu dengan peluh. Mesti sentiasa keringkan untuk penyembuhan pada kadar yang cepat.


2. Makan Ikan Haruan Bakar

Saya ni jenis tak boleh makan ikan air tawar ni, rasa macam hanyir. So, masa nak makan ikan haruan ni terfikir macam-macam dah. Tapi, lepas makan sekali rasa macam sedap pulak. So sepanjang 40 hari dapat la telan ikan haruan tu. hehe.


3. Makan Buah Oren

Kadang-kadang bila saya cerita dekat orang saya makan buah oren masa berpantang, mesti semua macam terkejut. Untuk pengetahuan korang, saya makan buah oren yang besar tu. Kan yang besar tu tak masam pun, manis je. Nurse yang ajar saya untuk makan buah oren, sebab buah oren kan vitamin c. Vitamin c kan elok untuk sembuhkan luka ni. So bila makan ok la untuk badan saya. Untuk part ni korang kena try dulu. Contohnya korang try makan separuh buah oren tu, tengok ada apa-apa tak komplikasi, kalau takde boleh teruskan. Kalau baby tak cirit birit means ok la tu ye. So the next day, korang try la pulak makan 1 biji buah oren tu, tengok sesuai ke tak ok? Saya amalkan 1 biji oren sehari. Dan part paling best, sembelit pun takde. =)

Dan selebihnya cara berpantang saya sama aje dengan cara berpantang bersalin normal yang lain.

Kalau rasa korang rasa tak boleh langsung nak telan ikan haruan atau makan buah oren tiap-tiap hari, korang boleh ambil supplemet. Mudah dan cepat je kan, takde la muak sangat makan yang sama tiap-tiap hari kan? hehe.



Untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran, anda boleh ambil ZINC COMPLEX dan VITAMIN C. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut ye. Free consultation akan diberikan.


P/S: Saya lepas seminggu berpantang dah takde rasa apa-apa sakit taw. Sampaikan orang ingat saya bersalin normal =)


Tips Nak Tambahkan & Pekatkan Susu Ibu

$
0
0
Assalamualaikum semua.








Sekian. =)

Resipi Esp Manggo Smoothie

$
0
0

Assalamualaikum semua.

Ada yang dah tertelan air liur ke baca tajuk post hari ni? Kihkih

Actually dapat idea untuk buat resipi ni bila teringatkan keenakan orange juice satu restoran tersohor ni. Taknak sebut nama restoran sebab suamiku telah ternampak resipi dorang tanpa sengaja. Kehkeh. Orange juice nya sangat sedap walaweyy. Sampai rasa nak beli tiap-tiap hari. Fuhh. Kalau tiap hari rm10.80 darab 30 hari sebulan, rm300++ weyy. Rugi, suami cakap buat sendiri lagi best! Guna je resipi ala-ala dorang buat tuh.

So, here we go. Ni resepinya!

BAHAN-BAHAN

1 biji mempelam
3 sudu gula
1 sudu ESP SHAKLEE
Ais
Susu segar secukupnya

CARA-CARA

Blend semua bahan-bahan sehingga terbentuk smoothie yang best gila. Tektur mestilah mengiurkan bagi sesiapa yang melihat.

Fuhh kecur air liur.

HASIL YANG DIPEROLEHI

1. kulit yang cantik.
2. Kuku yang cantik.
3. Kalau pregnant, kulit baby kat dalam tu gebu gebas cantik.
4. Tiada lagi keguguran rambut.
5. Kekal bertenaga sepanjang hari.
6. Jimat duit.
7. Boleh nikmati smoothie yang enak hanya dari rumah. Perghh meleleh.

Okeh. Senang gila kan?

Selamat mencuba.

P/s: nak ganti dengan orange pom ok.

Tips Nak Tambah Berat Badan

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Sape kat sini ada masalah NAK TAMBAH BERAT BADAN? Even makan berkilo-kilo tahap dinasor pun still lagi berat tak naik-naik. Saya faham perasaan tu, sampai rasa fed up sebab makan banyak tapi badan cekeding. Lepas tu mesti ada mulut yang takde insurans cakap,

"Kau ni membela ke? Makan banyak tak gemuk-gemuk"

Saat ni mesti korang rasa kecik besar kecik besar je empunya mulut ni. haha. So, saya nak share dengan korang a few tips untuk korang cuba okeh:


1. MAKAN BANYAK

Korang tak boleh skip makan. Maksudnya jadual makan kena ikut betul-betul dan yang penting sekali breakfast jangan tinggal. Ok? Lepas breakfast, minum pagi, makan tengahari, hi-tea, dinner and lastly supper (Kalau nak skip yang ni pun takpe). Asalkan korang ikut waktu makan ni semua, memang confirm berat akan naik jugak sedikit sebanyak. kihkih

2. MINUM MINUMAN DETOX

Kenapa nak kena minum minuman detox ni? Sebab nak kasi segala jenis toksin/virus yang menghalang korang jadi gemuk keluar dari badan korang. hehe. Dari segi saintifiknya, badan kita memerlukan pelbagai nutrien untuk kekal sihat bertenaga. Jadi, kalau badan kita penuh dengan toksin segala bagai tu, ia akan menghalang penyerapan nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.. Ibarat mencurah air ke daun keladi. hihi

Camne minuman detox ni?

Minuman detox ni korang boleh buat sendiri, mudah yang amat. Saya boleh share dengan korang resipi yang simple untuk minuman detox ni.

Buah strawberry, timun, lemon dihiris nipis-nipis. lepas tu, masukkan dalam botol. Isi air sampai penuh. Kalau nak ada rasa sedikit manis-manis buah, letak sedikit madu. ok done! [simpan dalam peti semalaman, pastu minum sejuk-sejuk]
 *Buah-buahan yang disebut tu contoh je. Boleh ubah ikut selera masing-masing.


Contoh Minuman Detox
*Ihsan Google*

Ada satu website saya tengok dorang buat aiskrim daripada minuman ni. Wallaweyy. Dah la comey je. Nak makan pun rasa tak sampai hati. haha

Contoh Aiskrim Minuman Detox
*Ihsan Facebook*
3. MINUM AIR KOSONG

Awak-awak semua yang nak tambah berat badan tu kena la rajin minum air masak. Minum dengan kuantiti yang banyak tahu, lagi-lagi kalau kita minum minuman detox tu. Bila minum banyak air, confirm asyik nak buang air je kan, it normal ye. Masa tu la toksin akan keluar dari badan kita.

4. MAKAN SUPPLEMENTS

Saya cadangkan makanan tambahan daripada produk Shaklee yang memang diyakini semulajadi. hehe.

Set Tambah Berat Badan Shaklee

Okeh tu je tips yang saya boleh kongsikan. Nak consume supplements Shaklee? Do pm me ya.

Happy reading!

Tips Kulit Cantik Dengan Shaklee

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Setiap wanita inginkan kulit yang cantik kan? Same goes to me, saya taknak kulit yang kusam. Saya nak kulit yang cantik glowing tanpa perlu mengenakan make up. Hanya cukup seoles eyeliner dan secalit lip ice. Ya itulah diri saya. Cukup simple.

Tapii..

Kalau kulit saya kusam, pucat dan tak cantik camne saya nak wujudkan keyakinan saya dengan hanya berbekalkan sebatang eyeliner dan lip ice. T_T *bunyi guruh.

Saya mula meng'google'. Masa tu la saya kenal Esp Shaklee. Masa tu saya pregnant, saya pun nak kulit baby putih, bersih dan cantik. Memandangkan family saya jenis kulit sensitif, saya jadi risau kalau-kalau anak saya pun alami masalah yang sama nanti. Boleh refer entry saya sebelum ni Tips Nak Dapatkan Kulit Bayi Cantik



 ESP Shaklee

Alhamdulillah, saya cukup berpuas hati dengan pengambilan Esp Shaklee secara konsisten. Saya takde masalah kulit sepanjang pregnant. Baby keluar pun putih bersih je. Syukur.

Gambar Masa Pregnant - No jerawat

Kulit Baby Putih Bersih

Selain esp, saya turut amalkan vitamin c dan vitamin e daripada shaklee. Hasil gabungannya semestinya marveles. Hehe. Saya memang sangat berpuas hati.

Lagipun, kalau bosan boleh buat masker, lulur dan scrub daripada ketiga-tiga produk ni. Pheww. Thats why saya suka sangat. Pulak tu produk Shaklee memang semulajadi. Dan dalam botol Shaklee takde silica gel pun, berbeza dengan produk sintetik lain ye.


Kelebihan Vitamin C
Kelebihan Vitamin E

Cara buat masker, scrub dan lulur saya akan share di lain entry ye.

Selain daripada 3 produk ni, Shaklee turut tawarkan produk kecantikan lain seperti vivix dan collagen powder.

So, bagi sape-sape yang nak try Shaklee, boleh ceritakan masalah kulit yang dihadapi. So saya akan suggestkan bersesuaian dengan bajet korang ye. InsyaAllah saya bantu setakat yang boleh.
Jangan malu-malu untuk hubungi saya:

Asma || 016-9215926 
Penasihat Kecantikan Anda

Tips Hilangkan Stretchmark Selepas Bersalin

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Sepanjang saya berniaga Shaklee ni, pelbagai soalan yang kerap ditanyakam kepada saya berkenaan masalah-masalah kesihatan & kecantikan yang dihadapi. Saya sebagai agen Shaklee semestinya inginkan yang terbaik untuk pelanggan saya. Saya akan cadangkan produk-produk yang boleh membantu tuan/puan mengatasi masalah yang dihadapi.

Semalam saya mendapat wassap daripada seorang suami yang ingin membelikan isteri beliau set untuk hilangkan parut stretchmark selepas bersalin & set untuk hilangkan perut buncit selepas bersalin. Sweet kan? So, wahai suami-suami sekalian, tunjukkanlah anda caring dekat isteri dengan membelikan produk-produk kecantikan seperti ini untuk mereka yang tersayang. Hihi

So, hari ini saya nak share berkenaan dengan Esp Shaklee & Vita-E yang dikatakan mampu membuatkan parut / stretchmark hilang.
Sebelum tu, jom kita berkenalan dulu dengan STRETCHMARK.

Apa itu STRETCHMARK?

Stretchmark adalah kesan akibat akibat daripada tekanan/regangan yang melampau pada bahagian kulit. Ia mengakibatkan wujud jalur-jalur pada kulit. Tidak semestinya orang selepas bersalin sahaja yang menghadapi masalah ini, tapi orang yang bina badan jugak kerap menghadapi masalah yang sama.
Untuk mengatasinya, Shaklee mencadangkan penggunaan Esp Shaklee + Vita-E Shaklee secara konsisten.

So, bagaimana cara penggunaan produk ni? Dimakan/Diminum? Pil ke?

Selalu saya mendapat soalan sebegini.
Untuk pengetahuan semua, Esp adalah untuk diminum. Awak semua boleh mencampurkan Esp dengan minuman kegemaran untuk minum. Best kan? Pantang larang hanya satu, jangan campur air panas sahaja. Sebab kandungan protein boleh termusnah pada suhu yang tinggi.



Vita-E pula berbentuk kapsul. Hanya perlu telan. Tapiii, nak pelbagaikan lagi, awak boleh buat scrub dekat tempat berparut. Mudah kan? Just keluarkan minyak Vita-E dari kapsul, pastu lumurkan ke tempat yang bermasalah. Biarkan selama 40 minit, bilas dengan air, then you've DONE!



Ok kat bawah ni saya sertakan testimoni penggunaan Esp & Vita-E untuk hilangkan parut stretchmark:



So, suka tak ada produk yang boleh hilangkan parut degil kita? Berminat tak nak cuba?

Jom order Shaklee sekarang =)


Asma || 016-9215926
Agen Shaklee yg Suka Kecantikan.

Tips Kempiskan Perut Buncit & Kuruskan Badan Selepas Bersalin

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Topik hari ini berkenaan perut buncit selepas bersalin, tidak kira tuan badan kurus atau gemuk, wanita dengan perut buncit memang tak dapat dipisahkan. Betul... lagi-lagi yang bersalin czer macam saya. Ya ampunn.. susah betul nak kempiskan perut yang buncit ni, sampaikan ada yang ingat saya mengandung lagi! Eh hello, my son baru umur 2 bulan okeyy (Masa tu la.. sekarang dah umur 6 bulan masa saya tengah menulis ni). Perut buncit ibunya pun dah flat. Yehhuuu!

Biasa la yang bersalin czer ni tak dapat bertungku macam yang bersalin normal. Thats why la perut buncit sampai orang ingat mengandung 3,4 bulan. Terasa hati i tahu? Hehe. Even yang bersalin normal, dah bertungku pun perut still buncit kan3?

So, artikel kali ini, input yang anda akan serap dan hadam adalah :

1. Cara mengempiskan perut selepas bersalin.
2. Cara turunkan berat badan dengan selamat tanpa perlu berlapar.


Kenapa terjadinya perut buncit?


a) MAKAN BERLEBIHAN

Apabila kita makan makanan yang mengandungi karbohidrat, gula dan makan-makanan yang mengandungi lemak secara berlebihan, ia boleh menyebabkan tubuh kita menyimpan lemak-lemak di dalam badan. akibatnya, perut menjadi buncit.

b) GAYA HIDUP

Gaya hidup masyarakat kini yang gemarkan makanan turut mempengaruhi kesihatan tubuh badan. banyak produk-produk makanan segera yang diiklankan setiap hari, membuatkan orang tertarik untuk mencubanya, padahal tanpa kita sedari makanan tersebut boleh mendatangkan penyakit kepada kita.

c) PENGGUNAAN UBAT-UBATAN

Ubat-ubatan atau pil yang boleh mempertingkatkan hormon estrogen kebiasaannya akan menambahkan buncit perut. ini kerana, hormon estrogen mudah untuk mengumpul lemak di dalam badan.

d) GENETIK

Anda juga perlu tahu bahawa perut buncit juga disebabkan faktor genetik/keturunan.

e) PENUAAN

Memang tidak dapat disangkal lagi, semakin bertambah umur, semakin menurun kadar metabolisme. Metabolisme yang lambat biasanya terjadi kerana kekuatan otot yang turut berkurang seiring dengan usia. Maka, apabila kita kurang melakukan senaman, lemak-lemak akan mudah terkumpul.



Bagaiman Cara Untuk Mengempiskan Perut?


a) HINDARI KARBOHIDRAT

senaman kempiskan perut


b) MINUM AIR YANG BANYAK


petua kempiskan perut

c) MAKAN DENGAN KUANTITI YANG SEDIKIT

d) MAKAN MAKANAN RINGAN YANG KAYA DENGAN PROTEIN



Bagaimana Cara Untuk Kurus Tanpa Perlu Berlapar?


"Tapiiiii... susahh laa.. saya tak dapat kawal nafsu makan saya.. "

"Susah laaa.. asyik lapar je.."

" Bila lagi nak makan best-best.."


Pernah dengar rungutan di atas?

Ya. Anda tidak lagi perlu berlapar untuk KURUS. Cadangan saya dengan pengambilan Omega Guard selepas makan. Kerana Omega Guard akan bertindak sebagai pembakar lemak. Jadi, anda tidak perlu risau apabila makan terlalu banyak. Hanya dengan Omega Guard anda boleh makan seperti biasa!


Untuk details mengenai produk, boleh hubungi saya,



Asma
016-9215926

Tips Mudah Atasi Bengkak Susu Bagi Ibu Menyusu

$
0
0

Assalamualaikum.

Bengkak susu.

Perkara yang saya amat takuti sebab memang sakit sangat. Setakat ni saya dah dua kali mengalaminya tapi Alhamdulillah tidak berpanjangan. Kadang-kadang tak sampai sehari pun. Tapi trauma jugak kalau dah sekali kena. Hehe

Sebab terjadinya bengkak susu adalah susu yang memenuhi ruangan breast tidak dikeluarkan daripada breast menyebabkan breast akan menjadi bengkak dan sakit. Badan kita akan menghasilkan susu mengikut keperluan si manja kita dan mengikut kebiasaan kita menyusu. Jika selalunya kita kerap menyusu, tetapi pada hari tersebut kita kurang atau tidak menyusu langsung, ia akan mengundang kepada breast yang bengkak dan menjadi tidak selesa.

Sebagai contoh pengalaman saya, saya kebiasaannya akan direct breastfeed semasa berada bersama anak, Bila saya mula bekerja, saya tidak dapat breast feeding seperti kebiasaannya. Ini menyebabkan breast saya bengkak kerana susu telah memenuhi ruangan breast. Selepas itu, jika saya masih lagi tidak memberikan susu kepada anak, breast akan mula terasa sakit apabila disentuh. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Selalunya, kita tahu bahawa bengkak susu boleh menyebabkan demam kan? Saya mempunyai rakan yang terpaksa dibedah kerana bengkak susu. Susu yang ada di dalam breast telah mengeras dan menyebabkan nanah memenuhi ruangan breast. Allahuakbar. Semoga kita dijauhkan daripada semua ini.

Cara paling berkesan untuk mengatasi masalah ini?

Anda haruslah memberikan bayi anda susu supaya bengkak tersebut akan berkurangan seterusnya memberikan kelegaan kepada anda. Saya selalu cakap dekat anak, "Tolong ibu habiskan susu ye.. ibu sakit ni". hehe. Lepas tu anak saya terus la bantu ibu dia ni. Alhamdulillah kebanyakkan bengkak susu saya akan diatasi kurang daripada sehari.

Bengkak susu anda masih tidak berkurangan sekalipun anda telah memberikan bayi anda susu? Nanti saya akan kongsikan cara paling mudah dan berkesan untuk anda atasi masalah ini,

Sebelum tu saya nak kongsikan beberapa cara tradisional untuk mengurangkan gejala bengkak susu.


Atasi bengkak susu menggunakan cara tradisional & moden.

  1. Susukan bayi anda dengan lebih kerap supaya breast menjadi lembut dan melegakan.
  2. Letakkan tuala panas pada breast anda supaya memudahkan pengeluaran susu.
  3. Sekiranya anda rasakan breast anda terlalu penuh, gunakan pam untuk mengeluarkan susu.
  4. Gunakan sikat dan sikat pada breast secara perlahan-lahan ke arah areola (bahagian gelap pada breast)
  5. Akhir sekali, anda boleh mengatasi masalah ini dengan pengambilan Lecithin.

Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu

  1. Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
  2. membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu. Bonusnya, anda boleh menurunkan berat badan selepas bersalin!
  3. Menyumbang kepada ingatan yang lebih kuat. Kebiasaannya, ibu lepas bersalin menjadi pelupa.
  4. Memberikan khasiat lecithin secara langsung kepada bayi melalui susu ibu,yang mana ianya bagus untuk perkembangan otak bayi. 



Diharapkan artikel ini boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana yang mengalami maslaah bengkak susu. Selain itu, diharapkan ia boleh menjadi rujukan untuk bakal-bakal ibu supaya bersedia sekiranya berhadapan dengan masalah ini.

Kawan-kawan boleh hubungi saya untuk FREE CONSULTATION.
Jika anda mempunyai soalan, insyaAllah saya akan cuba untuk jawab dengan sebaik mungkin.

Call / Wassap : 
Asma || 016-9215926

Cara Mudah Untuk Kekal Cantik Dambaan Suami?

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Saya tak suka make up :)

Ya. Saya cantik untuk suami saya. Siapa taknak cantik di mata suami? Memang tipu la kan. Suami orang yang paling dekat dengan kita, yang nampak perubahan kulit, wajah dan badan kita. Jadi, nak tak nak saya mesti kekal cantik di mata suami. hee. Tak perlu tunggu suami complain baru kita nak ubah penampilan kita kan? Kalau boleh, kita nak suami kita sentiasa rasa kita lah wanita paling cantik di mereka.

So, cara saya untuk kekal cantik adalah dengan vitamin dan supplement. Bagi saya, ia adalah cara mudah sebab masa saya sangat terhad, saya tak sempat nak pergi spa, nak manjakan tubuh badan, nak pergi pusat kecantikan yang telan kos beribu ringgit. Sungguh saya sangat sayangkan duit beribu riban untuk dilaburkan untuk kecantikan sedangkan saya boleh cantik dengan hanya menelan supplement yang harganya mampu milik. Dah la mudah, main telan je tak perlu masak, memang ready made, terus telan. Oh tadi saya ada sebut pasal masa saya terhad kan? Maksud saya dengan saya yang bekerja lagi, ada baby kecik berusia 7 bulan, balik kerja nak memasak untuk suami, kemas rumah, dan lain-lain kerja rumah lagi. So, vitamin dan supplement sangat membantu saya.

Apa supplement yang saya ambil?

Kalau korang nak tahu, saya hanya ambil supplement Shaklee sahaja sebabnya ia SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN. Dah la satu botol tahan lama. Harga memang mampu milik. Alhamdulillah dipertemukan dengan supplement yang saya amat perlukan. Selain untuk cantik, supplement dan vitamin juga membantu memelihara kesihatan saya. Memang saya suka sangat! Kalau nak tahu, saya consume Vitamin E, Vitamin C dan ESP.

Saya dah pernah tulis berkenaan dengan Set Kecantikan Shaklee. Boleh baca untuk rujukan. Setakat ni saya sangat berpuas hati. Suami pun tegur, kulit dah tak kusam, tak kering, lembap je, kulit makin cerah dan yang paling penting, jerawat kalau naik, memang sekejap je dah kecut. Sekarang ni saya tengah cuba untuk hilangkan stretchmark selepas bersalin. Alhamdulillah dengan penggunaan yang konsisten, saya dah dapat rasakan perubahan. Jalur-jalur hitam kesan stretchmark dah makin pudar! Saya akan konsisten supaya kesan tersebut akan hilang sepenuhnya.

so, kalau anda di luar sana ingin cantik seperti kami pengguna Shaklee, jangan la segan-segan nak hubungi saya. Boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut ye :

Thanks for reading!


Asma
Call/ SMS/ WhatsApp : 016-9215926
Emel : nurasma303@gmail.com






Tips Atasi Masalah Ketagihan Merokok

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak share berkenaan dengan cara mudah untuk atasi masalah ketagihan merokok. Apa yang saya tahu, untuk berhenti rokok tersangatlah susah sebab ianya adalah suatu ketagihan. Dan saya tahu, ramai sangat yang ingin dan telah mencuba untuk berhenti, tetapi tidak sampai sehari, badan mula menggigil seperti ingin demam, kepala mula pening, mual-mual serta simptom-simptom lain lagi. Disebabkan simptom-simptom ini, ramai yang berputus asa untuk berhenti merokok. Mereka lebih suka berkata,

"Ahh.. susah la nak berhenti. Dah penat cuba.."
"Tak nak la berhenti.. nanti mula la badan menggigil nak demam.. "
"Ingat senang ke nak berhenti? "

Dan pelbagai lagi seribu alasan yang mereka cetuskan di fikiran mereka.

Jadi, pada permulaan bulan Januari 2015 ini, siapa yang tanamkan azam untuk berhenti merokok, saya boleh bantu. Saya akan berikan cadangan bagaimana ingin berhenti merokok tanpa ada simptom-simptom yang saya senaraikan di atas.

Sebelum itu, saya ingin tunjukkan kepada anda, apa yang terkandung di dalam sebatang rokok.


Kandungan Sebatang Rokok


Jika anda adalah seorang perokok, fikirkan lah, anda sebenarnya sedang merosakkan tubuh badan anda sendiri. Jika anda pembaca blog saya dan orang tersayang anda susah untuk berhenti rokok, saya boleh bantu anda untuk bantu orang tersayang anda. InsyaAllah.

Apa yang saya boleh bantu adalah dengan menggunakan supplement VIVIX SHAKLEE. Saya berani katakan bahawa vivix Shaklee mampu menghentikan tabiat merokok. Sudah ramai pengguna vivix Shaklee yang berjaya berhenti rokok seawal 2 minggu!

Untuk meyakinkan anda, saya ingin sertakan testimoni pengguna vivix Shaklee yang telah berjaya untuk berhenti merokok.

berhenti merokok dengan vivix shaklee

Alhamdulillah. Syukur sangat pengguna ini berjaya berhenti merokok. Tugas saya untuk maklumkan kepada anda bahawa Vivix Shaklee mampu membantu anda untuk hentikan merokok. Berhentilah merokok tanpa ada simptom-simptom yang saya senaraikan di atas!

VIVIX Shaklee



Happy reading!


Berminat?

Asma
Call/ SMS/ WhatsApp : 016-9215926
Emel : nurasma303@gmail.com




Bahayakah Keputihan?

$
0
0
Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Semoga semua sihat2 hendaknya. Ahamdulillah masih diberi kesempatan untuk membuat kebaikkan dalam hidup. Semoga kita semua berada di bawah lindungan-Nya. InsyaAllah.

Lama tak coretkan sesuatu di blog ni. Sibuk sangat dengan sekolah sampai tak sempat nak update blog. Bila dah balik rumah, lagi la tak sempat nak godek blog sebab si kecik tu suka sangat pukul2 laptop ni. Jeles sangat kalau ibu mengadap laptop, tak mengadap dia. hehe. Alhamdulillah si kecik dah pandai macam2, yang terbaru pandai crawling dah macam cerita mortal combat je ibunya tengok. haha

Panjang sangat pendahuluan ni, sebenarnya ibu Akid ni sorang nak berkongsi satu masalah yang kebanyakkan perempuan alami, KEPUTIHAN! Ya semua orang perempuan tahu dan faham bahawa keputihan tu sangat tak selesa dan menggelikan. Lagi-lagi yang keluar banyak, plus gatal lagi. Pastu lagi tak menyenangkan bila keputihan tu menyebabkan kegatalan di sekitar vagina. Bila dah gatal, makin digaru makin sedap. Lepas dah garu mula la menyesal sebab dah pedih2 sebab luka melecet dekat bahagian tu. Tiap2 hari perkara sama akan terjadi. Sanggup ke nak hadap masalah ni seumur hidup??? mestilahhh takk kan? Scary laaaa..

Tapi, the truth is banyak customers ku mengadu dapat masalah ni. Paling teruk akibat digaru, ada parut dekat bahagian tutttt. Dah la tak kahwin lagi. Dia cakap camna nak menghadap suami bila dah kahwin nanti.. malunyeeee.

Tapi, jangan risau kataku. First, mestilah kita cuba cari solution untuk menghilangkan keputihan?kawan saya pernah ada keputihan yang teruk tahap kuning2 tapi masa tu saya belum lagi consume Shaklee. So, tah tahu menahu pasal Shaklee. Saya teman kawan pergi klinik, jumpa doktor untuk begitahu masalah yang dia hadapi. Doktor bagi ubat yang insert kat bawah tu. Then, hilanglah keputihan. Tapi, sakit lah nak insert tu katanya. haha. Kalau saya consume Shaklee awal2, mesti saya dah suggest apa yang Shaklee ada untuk rawat keputihan. hehe

Shaklee tawar apa?

Nak tahu ke? okay camni apa Shaklee tawarkan ni tak susah pun. Telan je tablet tu. Tapi, kena konsisten la. InsyaAllah keputihan tersebut boleh hilang. Percayalahhh! hehe. Ada ke pembaca2 saya ada masalah yang sama dengan kawan saya? Ada yang nak tahu tentang Shaklee? Kalau ada boleh contact saya ya untuk tahu lebih lanjut. :)


asma || 016-9215926


Ni la dia pengubat keputihan tu..


TQ for reading!






Nak fully breastfeeding?

$
0
0
Assalamualaikum.

Hi. Hari ni nak cakap pasal topik breastfeeding memandangkan aku memang ibu yang fully support breastfeeding. Kalau pergi klinik, nampak tak poster banyak-banyak yang support breastfeeding? Haa aku macam tu la, semangat nak fully breastfeeding. Hee. Uols kan tahu banyak kelebihan breastfeeding bagi baby and ibunya jugak. Lagipun, susu ibu kan hak baby kita. So, we must try as much as we can to make sure our breast milk akan sentiasa melimpah ruah. Aminnn. :)

Untuk pengetahuan semua, aku fully breastfeeding sampai sekarang, anak aku dah umur 10 bulan. Yee aku tahu baru 10 bulan, tak sampai setahun jagung lagi tapi bagi aku dengan cara menulis dan berkongsi dengan korang semua akan menaikkan lagi semangat aku untuk increase my milk's production! Hopefully korang yang baca ni pun akan bersemangat nak breastfeed anak korang sampai umur dua tahun.

Aku sebenarnya takut.. sebab aku bukan breastfeeding mom yang simpan stok susu dalam peti ais. Aku cuma direct breastfeeding, aku tak pump susu, aku hanya DIRECT sahaja. Lagipun aku ibu yang bekerja. Pernah dengar tak orang cakap kena pump susu untuk tambah production susu? sebab tu aku takut. Hee. Tapi, aku sentiasa berfikiran positif bila orang mencadangkan aku pump susu. Aku bukan taknak pump tapi aku rasa membazir sebab baby aku taknak hisap sangat melalui botol susu. Kalau nak hantar nursery susu tu, nursery macam taknak terima sangat sebab leceh kan. I is sedih. Takpeee la. Sejak tu aku memang tak pump susu. Aku mengharapkan stimulate daripada mulut baby sahaja untuk tingkatkan production susu. InsyaAllah rezeki untuk baby aku berpanjangan. :)

Rahsia aku untuk maintain penyusuan adalah, aku akan sentiasa susukan baby aku setiap kali baby ada dengan aku. Masa cuti sekolah, oh aku seorang cikgu :), aku akan direct breastfeeding je. Tak bagi botol langsung. Ramai yang cakap jangan buat camtu sebab nanti anak taknak botol bila kembali ke nursery. Aku boleh buat derk je. hee. Bukan taknak terima pendapat orang, tapi sepert yang aku cakap tadi, aku kan tak pump, so dengan cara direct breastfeeding je aku dapat stimulate production susu. Alhamdulillah. Setakat ni, rezeki anak aku ada.

Even masa aku masuk hospital 3 hari, aku bawak anak aku duk sekali dekat Hospital Serdang. Masa tu aku nak operate apendiks. Baby aku umur 9 bulan masa tu. Doktor and nurse faham aku breastfeeding. So dorang benarkan aku duk dengan baby. Hospital kan mesra penyusuan susu ibu. Alhamdulillah. Dapat gak teruskan penyusuan.

Selain itu, untuk tambah susu badan, aku akan sentiasa tingkatkan pengambilan air masak seharian sebab aku perasan kalau time minum air tak cukup, mesti br**st tak bengkak. hihi. Air masak penting taw untuk ibu yang menyusu badan.

Satu lagi, rahsia aku untuk tambah dan maintain susu badan, aku minum ESP! Alhamdulillah susu pekat melimpah ruah. Allah bagi rezeki melimpah ruah untuk anak aku. ESP ni salah satu usaha untuk membantu tambah susu aku je. Yang penting Allah yang bagi rezeki. Tapi, kalau korang nak cuba berusaha dengan ESP takde salahnya sebab aku memang terasa berbeza bila tak minum ESP. Susu jadi cairrr.. boleh nampak perbezaan kaler susu. Hehe. Kenapa aku nak pekatkan susu aku? Sebab aku nak anak aku kenyang lebih cepat dan lama. So, bolehlah dia tidur cukup-cukup sebab dah kenyang. Aku rasa ESP sangat membantu aku dalam penyusuan. Alhamdulillah. Time aku tertinggal / tak minum seminggu, memang nampak susu jadi cair,

Kalau korang nak cuba ESP, boleh la nak tanya aku pun. Aku boleh explain panjang-panjang. Aku consume pun dah lama, boleh nampak kesan-kesan lain kat tubuh badan. Yang pasti memang best!

Aku harap aku mampu teruskan penyusuan sehingga anak aku umur 2 tahun. Bersemangat waja taw dak. Hee.



bye!


Pening nak cari idea untuk baju bridemaids?

$
0
0
Assalamualaikum..

Hi. Ari ni terasa rajin pulak nak update tentang baju bridemaids yang aku dan kengkawan pakai masa majlis bff kitorang. Al-kisahnya kami ni memang akan jadi bridemaids masa bff kahwin, tak pernah buat perjanjian pun tapi entah macam dah jadi macam wajib buat since kali pertama aku dan kengkawan discuss pasal baju bridemaids adalah masa aku kahwin, 2 tahun lepas lebih kurang. Setakat ni baju bridemaids yang terkumpul adalah 4 pasang. More than 5 baju to go. Haha. Tahun lepas dan tahun ni je dah 3 pasang uols. Kitorang cakap dah boleh buat baju raya sebab pakai baru sekali. Jimat u! :)

p/s: tanpa bridemaids, tak jadilah fairy tailes di hari wedding uols. hehe. so, cepat2 booking kengkawan korang untuk jadi bridemaids korang XD

Tujuan entry ni dibuat hanya sekadar nak bagi idea tentang colours basically. Sebab kitorang pun memang tak samakan pun jenis baju, kitorang samakan colours je. So design and style baju ikut selera masing-masing, sama ada jubah ke, dress ke, baju mini kurung ke, baju kurung moden ke.. Haa banyak dah ni aku bagi idea. XD


Pink + Lacey + Stripe
Tahun 2013
Bridemaids on my wedding day
Blue Turqoise + Gold
Tahun 2014
Fatin's Wedding Day










Pink + Blue Turqoise
Tahun 2014
Kema's Wedding Day




Yellow + Dusty Purple
Tahun 2015
Ain's Wedding Day


 Okey dah dapat idea ke tak untuk bridemaids? Uols suka yang mana.. boleh la ambik untuk contoh ye. :)

Okey uols. Have a nice day. Budak kecik tu dah bangun tidur. :)

bye!



Takut bila anak belum merangkak??

$
0
0
Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share satu benda yang menjadi kebimbangan aku sejak mempunyai anak. Aku ni mudah risau kalau pasal anak ni, nasib baik suami yang akan cool kan aku. haha. Biasa la perempuan kan, mesti mudah je nak fikir bukan-bukan. :P

Salah satu benda yang aku selalu risau adalah tentang perkembangan anak aku. Aku sibuk duk compare dengan anak orang lain. Korang jangan taw compare2 ni sebab setiap anak tak sama dia punya perkembangan. Lagi-lagi pulak aku pernah terdengar kalau anak lelaki dia punya perkembangan lambat berbanding anak perempuan. Tak tahu betul ke tak sebab anak sepupu aku, lelaki jugak, 3 bulan dah pandai merangkak dan tumbuh gigi. Haha. Anak aku dah 10 bulan ni, tumbuh gigi pun belum lagi. Orang tua kata ayah dia tanam uri dalam sangat! boleh camtu? Haha

Aku ni banyak orang aku comparekan, maklum lah masa beranak ari tu sama bulan pulak dengan officemate 3 orang. Memang lah aku asyik macam, "eh kenapa Akid belum lagi ni? eh kenapa Akid belum lagi ni?". Tiap-tiap hari aku duk tunggu Akid nak merangkak. Tiap-tiap hari tunggu Akid duduk sendiri. Tiap-tiap hari duk google tanya pengalaman orang. HAHA.

Antara ayat yang selalu aku search;

"Bayi umur 7 bulan belum merangkak"
"Bayi umur 8 bulan belum merangkak"
"Bila bayi akan pandai duduk sendiri"

and so on.. suami aku macam dah fedup aku duk risau tak tentu pasal. Haha. Tapi, tu la mak-mak memang camni kan? Ok sep siket..

Tapi berdasarkan pembacaan aku, it's normal bayi tak merangkak sebab ada bayi yang memang tak merangkak tapi terus berdiri and jalan. Paling baik, kita motivate dia untuk merangkak sebab sewaktu baby merangkak, dia akan merangsang saraf-saraf motor yang halus seterusnya merangsang sel-sel otak. Masa tu la sel-sel otak mula berhubung. So, sebab tu orang cakap budak yang merangkak lagi pandai berbanding budak yang tak merangkak.

Subhanallah. Allah jadikan merangkak tu bukan sekadar merangkak. Merangkak merupakan satu kemahiran untuk mengimbangi kepala bayi, menguatkan leher, otot lengan serta kaki bayi. Merangkak juga dikatakan mampu untuk merangsang kemahiran membaca dan menulis mereka. If anak-anak korang jenis tak merangkak, tak terlambat lagi untuk korang stimulate anak korang untuk merangkak. Caranya korang juga kena merangkak, so that anak korang akan ikut, tak kira la berapa umur anak korang sekarang, it's never too late yeah! Jangan la bagi main gadget je okay? -_-'

Ok sambung balik kisah anakku yang masih tak merangkak tadi, lepas dah google everything. Lepas dah yakin akan tiba masa untuk anak kita pandai merangkak dengan sendiri, aku dah tak risau dah. Lagi-lagi, sejarah aku memang aku tak merangkak. So aku assume keturunan aku jenis tak merangkak. Boleh? Hehe. Pastu aku ada terbaca if anak tak merangkak tapi dia still menunjukkan efforts dia untuk bergerak ke hadapan ke belakang, memanjat, mengengsot and what so ever called as moving, the it should be okay. No need to worry yeah. It's normal. Tapi, kalau anda korang tak menunjukkan langsung efforts dia untuk moving, then you should go to see a doctor. Itu yang aku baca dan faham. So mommies out there yang ada feeling macam aku ni, korang jangan la risau-risau ye. kita okay je tahu? As long as anak kita still aktif :)

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan anakku bergerak macam menyusur tu, ala macam cerita mortal combat tu, Akid mula menunjukkan kedudukan merangkak yang betul. Tapi slow-slow la. Well, as i said setiap budak tak sama. JANGAN COMPARE! Kesian dia. Tapi, paling bersyukur, walaupun lambat dari segi pergerakan, Akid mudah nak menyebut apa-apa. Akid dah boleh panggil ibu dan babah. Kalau time nak susu, nangis sambil panggil aku, "buuu..buuu..buu". meresap dalam jantung anak dah pandai panggil aku :') 

Hari tu kawan aku pun terkejut dengar dia panggil aku ibu even masa tu umur dia 7 or 8 bulan. Tak ingat sangat. As i mention earlier, PERKEMBANGAN BUDAK TAK SAMA. Ni tengoklah nanti Akid berjalan umur berapa. Hehe. Akan tiba masanya even anak sepupu aku sebelah rumah tu dah laju jalan walaupun umur sama. Takpe bebeh, it's normal. No need to worry much :)



thanks for reading! :)




  


Viewing all 29 articles
Browse latest View live